Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,371
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

CEMBURU Mimi bukan kepalang. Malah langsung tidak berkurang walau sehari. Aqi, Ami dan Emir dah dapat hadiah percuma. Dia pula kena hadap muka masam isterinya setiap hari. Orang balik kerja nak peluk, tapi dia dapat perangai perengus itu. Mimi tidak taat pada kata-katanya sepertimana reaksi Aqi bila ditegur, melainkan bertambah marak hingga rumah itu dah jadi macam medan perang.

Umar jadi penat.

Bila dia ke vila pada hari Sabtu, diharapkan dapat bertemu dengan Aqi tetapi yang datang cumalah Ami dan Emir bersama mesej berantai;

“Ma cakap dia taknak jumpa ayah dalam tempoh rumah tangga ayah huru hara macam ni. Dia minta kami pandai-pandai plan dengan ayah kalau nak bonding,” lapor Ami.

“Ma dah declare dekat kami yang dia sayang ayah dan ayah handsome, which is good news. Tapi jambang tu kena bagi maintenance,” sambung Emir.

“Ma suruh ayah pergi gim.”

“Bila pula ma suruh ayah pergi gim?”

“Ma panggil ayah badak air!”

“Ma cakap dia tak kisah rupa ayah macammana sebab ayah buat dia happy!”

“Ma panggil ayah idiot!”

“Itu yang buat dia happy...!! Eh kejap, macam pelik... kenapa pula dia happy kalau ayah idiot?”

“Itulah pasal...!! Mula-mula ma marah sebab kena tampar lepas tu dia tak tahu kenapa dia tak benci ayah lepas tu dia cakap dia happy walaupun dia gelar ayah badak air dan idiot. Tunggang langgang! Kau tak pelik ke? Bila kita tanya dia sayang ayah atau benci ayah, dia cakap sayang. Macammana dia boleh kutuk orang yang dia sayang??”

Emir berpeluk tubuh, berfikir panjang. Kemudian dia melangut pada lelaki dewasa di hadapannya yang tengah mengurut kerut di dahi. “Ayah kenapa? Pening ke?”

“Tengah tahan diri nak terbang ke rumah kau dan cekik ma engkau...”

“Kenapa nak cekik ma?” soal kembar itu lagi. Umar terkaku. Takut pula kata-katanya dihantar pada Aqi hingga menjadi salah faham, lalu dibetulkan.

“Sebab ayah sayang...”

Emir bertukar kelam. “Ayah sayang jadi ayah nak cekik ma?? Bila membesar, wiring dalam kepala short circuit sampai buat orang jadi sewel ke??” soalnya pada diri sendiri sambil beralih pada Junior yang bermain PS5, meninggalkan si ayah menepuk dahinya. Kemudian, seorang lagi troublemaker dipandang.

“Ye, Ami?”

“Ma cakap dia suka ayah idiot walaupun kami tak faham kenapa. Rasanya bukan masalah besar kalau ayah sewel juga.”

I see... thanks...” Sebal.

“Mana aunty Mimi? Ami ada benda nak report dekat dia hehehhe.”

Dilepaskan Ami mencari isterinya bersama ketawa jahat, Umar menonong ke langit, memikirkan bekas isterinya. Menjauhkan diri semasa tempoh rumah tangganya tunggang langgang sebetulnya sebuah langkah genius, tetapi wujud juga rasa terkilan kerana tidak bertemu dengan wanita itu. Dada digaru, menepis pedih yang timbul entah dari mana.

“ABANG!!”

Umar menoleh terperanjat. Di belakang, Mimi merapatinya dengan muka semerah saga.

“Abang ada perempuan lain kat luar rumah?!!” pekik sang isteri.

“Haa?? Bila masa abang ada perempuan lain kat luar rumah?” Kepala dipalingkan terus pada anak perempuannya dengan mata mencerlang. “Kau report apa dekat mami kau sampai dia ingat ayah ada perempuan lain kat luar rumah?!” marahnya terus, namun Ami hanya tersengih janggal.

Daripada meletup macam gunung berapi Taal di Filipina yang meletuskan lava, debu beracun serta menghadirkan kilat di langit, kini Mimi bertukar sepenuh menjadi gunung berapi yang menghancurkan tamadun Pompeii dalam tempoh satu malam.

Mimi menggigit bibir menahan tangis. Namun gagal. Airmatanya terus pecah ke pipi. “Mimi tahu abang nikahi sayang sebab nak lupakan Aqi semata... tapi sayang tetap isteri abang. Sejauh mana nilai Mimi di mata abang sebenarnya??”

“Sayang... jangan macam ni. Ami cuma main-main...”

“Abang sebut nama Aqi dalam tidur...”

“Abang boleh sebut nama dia bila-bila masa kalau awak nak. Bukan waktu tidur je.”

Lalu dadanya ditumbuk, tetapi lemah sekali bahana hibanya hati sang wanita.

“Apa yang Mimi patut buat... supaya abang lupakan dia sepenuhnya... dan pandang Mimi seorang? Apa yang Mimi patut buat?? Tolong bagitau...” Satu persatu diluah. Lututnya melonggar, lalu Mimi terjatuh melutut sambil memeluk kaki suaminya.

Umar membatu. Tidak pasti nak berbuat apa. Pandangan orang rumah ditentang, meminta bantuan untuk menenangkan wanita itu, tetapi tiada respon. Sebetulnya hanya dia yang boleh memujuk hati isterinya sendiri.

 

FIRST of all, how is that my problem? Secondly, macammana sel otak kau berfungsi sampai kau boleh terfikir yang kau kena dapatkan nasihat aku untuk pujuk wife kau sedangkan punca dia mengamuk ialah cemburu dia dekat aku?” soal Aqi di talian.

“Aku sure kau ada idea bijak. Aku nak jumpa kau dengan budak-budak tu sekali nanti? Lepas office hour?”

“Mar. Lebih baik jangan simbah bara ke dalam api.”

“Jangan simbah minyak ke dalam bara api.”

See? Kau boleh fikir sendiri tanpa bantuan aku. I’m sure you can manage your problem on your own. Bye.” Panggilan dimatikan terus. Umar pula mendesis pada iPhonenya. Tak apalah. Yang penting, temu janji dah dibuat. Dia akan berjumpa dengan ahli keluarganya petang nanti.

 

AQI balik ke rumah sekitar jam sebelas malam. Rumahnya dah gelap, tanda anak-anaknya dah berehat di bilik masing-masing. Dia membersihkan diri di dalam bilik. Selesai bersiap untuk tidur, Aqi bergerak kedapur. Berniat nak mengisi perut dengan tembikai di dalam peti sejuk.

Tembikainya dah tiada. Termasuklah jus serta kotak air. Aik, cepatnya stok makanan habis. Lampu dapur dibuka, nak mencari makanan di dalam kabinet pula.

Terpandang keadaan tong sampah di pintu dapur. Penuh dengan kotak jus yang dah kosong serta kulit tembikai. Aiskrim juga dah kosong.Tu dia! Anak-anaknya buat parti ke apa? Entah kenapa wajah Umar melayang diruang fikiran. Teringat petang tadi Umar memberitahu yang dia nak datang ke rumah. Mungkinkah lelaki itu punca ransum makanannya habis lagi?

Aqi memanjangkan leher ke ruang tamu yang jaraknya hanyalah lima langkah dari dapur. Ternampak toto terbentang di depan TV serta sebatang kaki yang tergantung di sofa panjang. Berkerut terus darinya. Sepantas kilat dia bergerak ke ruang tamu, hanya untuk melihat kembarnya dengan si bapak dah buat pajama party. Tambah-tambah si bapak itu tengah tidur lena diatas sofa rumahnya. Kepala Aqi rasa nak meletup!

Kau nak pujuk rajuk bini kau tapi pergi tidur kat rumah aku?!!

Baru nak menyergah, namun dengkur Umar terlebih dahulu memadamkan baran Aqi. Lelaki itu tengah lena. Benar-benar terlena.

Kemeja kerja hijau lumut masih membaluti tubuh itu. Briefcase di lantai, Jenga dan kad UNO berselerak di atas meja, serta gitar kapok di sofa single. Plastik keropok masih berbaki di atas meja kopi. Ami dan Emir pula tidur di depan TV, manakala laptop disambungkan ke TV.

Umar ke sini terus dari pejabat dan lepak bersama anak-anak mereka kah? Kenapa tak balik ke rumah dahulu? Apa perasaan Mimi bila suaminya buat perangai macam ni? Tapi, sejak kes time capsule hari itu, mungkin Umar juga nakkan rehat dari baran isterinya yang berlanjutan.

Entahlah. Aqi tak pasti kenapa dia perlu mencari alasan untuk merasionalisasikan keberadaan Umar di dalam rumahnya pada malam ini. Yang pasti, hatinya dah sejuk hanya kerana melihat muka penat itu, tambah-tambah tidur bersama anak-anak mereka.

Lengan ditongkat ke sandaran sofa bagi memudahkannya merenung wajah si lelaki. Jambang lebat paras leher itu juga dah digunting kemas hingga sekadar cukup untuk merangka wajah kacaknya seperti jambang Zul Arifin. Lalu Aqi memuji Mimi di dalam kepalanya. Bulu jambang ditarik sehelai, membuatkan Umar membuat mimik muka kerana diganggu dalam tidur. Aqi tertawa halus.

“Sebagai reward kau comel, aku benarkan kau tidur untuk satu malam,” putusnya.

 

PAGI itu merupakan sebuah titik tolak perubahan arah tuju bagi ketiga-tiganya.

Mimi bangun pada awal pagi itu dalam keadaan terkejut bila menyedari katil di sebelahnya kosong. Hal yang ditakuti akhirnya terjadi. Umar menghilang dari sisi, tiada di rumah, tidak balik malam dan tidak juga menghubunginya. Langsung. Lalu dia menangis macam bawang merah didera emak tiri.

Umar bangun pada awal pagi itu kerana dibangunkan oleh seorang perempuan cantik selain dari isterinya. Bidadari manakah? Malah pipinya ditepuk-tepuk dengan lembut sehingga dia tersedar.

“Mar. Bangun. Subuh.”

Ini tak pernah berlaku. Matanya mencerlang terus, tetapi kabur. Dia terduduk bersama rasa terkejut. Dia berada di mana? Mimi tak pernah bangunkannya untuk Subuh, dan dia sekarang berada di tempat yang bukan bilik tidurnya.

“Nah, cermin mata kau.”

Arah suara itu diekori, dan cermin mata diterima. Bila dipakai, dia melihat Aqi sedang mengemas ruang tamu itu. Kembarnya pula dah menghilang. Mungkin sudah dibangunkan dan mereka balik ke bilik tidur masing-masing. Kepala terlebih dahulu diurut, terasa sakit kerana bangun secara mengejut.

Semalam dia lepak dengan anak-anaknya, dan dia memilih untuk menumpang tidur di sini kerana dia enggan balik ke rumah dan menghadap kemarahan Mimi. Dia ingat Aqi akan membangunkannya kerana marah dia menumpang tidur tanpa memberitahu. Dia tak jangka wanita itu membangunkannya untuk bangun Subuh.

“Aqi.”

“Ya.”

“Aku kat dimensi lain ke?”

Aqi yang tengah melipat toto, menoleh pelik. Malas melayan, dia menyambung kerjanya.

Mata dipejam kelip sekuat hati. “Kau balik pukul berapa semalam? Bila kau sedar aku kat rumah kau? Kenapa kau tak halau aku balik? Aku ingatkan kau halau aku... kau selimutkan aku??” Baru perasan ada selimut di ribanya.

“Pergi la solat dulu. Banyak sangat fikir nanti kepala beruban.” Toto diletakkan di atas sofa single dan dia berjalan ke dapur.

Umar menurut. Rimas, lalu ditanggalkan kemejanya. Perasan sejadah di sebelah sofa, dia terkaku lagi. Lalu si wanita di dapur, dipandang lagi. Kali ini dengan perasaan asing.

“Aqi.”

“Em.”

“Ada berus gigi lebih tak?”

“Ek ena...”

Selesai Subuh dan membersihkan diri, Umar memeriksa iPhonenya. Selain notifikasi tentang kerja, tiada mesej dari isterinya. Mimi belum bangun agaknya. Mula terfikir samada dia patut balik sebelum isterinya bangun ataupun biarkan sahaja....

Dilema itu tinggal dilema bila bau ayam goreng menyapa hidung. Umar terus memilih pilihan kedua sambil berjalan laju ke dapur.

“Awal kau masak?”

“Hari ni Sabtu. Aku memang masak awal sikit sebab nak masak terus untuk tengah hari—kenapa kau tak pakai baju?!” Hampir terpekik bila melihat keadaan Umar yang berdiri di belakangnya.

Dada berbulu digaru. “Rimaslah. Baju tu dah busuk. Lagipun, kau rilek je berkemban depan aku, kenapa nak kecoh aku tak pakai baju?”

“Ini rumah aku! Kau tetamu!”

“Aku bukan tetamu. Aku bapak anak kita.”

“Umar Darius!”

“Berbanding kau, aurat aku tertutup ni ha...” Slack yang menutup pinggang ke bawah ditunjuk.

Aqi mencapai getah sayur, lalu dilastik ke tubuh itu. Si lelaki membiarkan, malah terus selamba merapat hingga Aqi beralih dengan kepala tertunduk. Menyesal pula mengharap Umar mengemaskan jambangnya kerana kacaknya lelaki itu sekarang ini hingga Aqi langsung tak boleh menentang wajahnya. Berdebar dadanya allahurabbi!

“Masak apa ni?” soalnya sekadar berbahasa. Masih dihidu-hidu bau ayam goreng itu, malah dicari dimana Aqi meletakkan ayam goreng yang dah siap.

Aqi menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dibuang angin ribut di dada dengan hembusan panjang. Bersama tenang yang dipaksa-paksa, dia meneruskan kerja menggoreng ayam. “Dah bagitau Mimi yang kau ada kat sini?”

“Gila kenama bagitau dia yang aku tidur kat rumah madu dia.”

Lalu Aqi menoleh bersama cerun maut. Umar menerima cerun itu bersama senyum lembut. Kau buatlah muka membunuh kau, Aqi. Kau ingat aku takut?

“Kita sarapan apa pagi ni...” soalnya bersama nada lembut.

“Nasi goreng ayam.”

“Rajinnya. Tapi kenapa preparation macam banyak je?” Lebihan daging ayam, sayur yang dah dipotong dan ikan yang sedang ditus ada di dalam singki.

“Aku masak untuk lunch sekali...” Dia menoleh, namun lekas-lekas mengelak bila pandangan mereka bertemu. Bodoh. Kacau bilau hati aku! Tenang Aqi, aku demand kau tenang!!

Umar mendekat lagi tanpa mengalih renung dari pipi dan telinga yang memerah itu. Turut sedar, hadirnya dia di depan wanita ini pada pagi ini tetap membuahkan rasa di dalam hati Aqi. Wanita ini bukannya robot. Mereka pernah berkongsi hati dan bercampur tubuh. Umar pasti dia masih memberi kesan pada wanita itu. Sesuatu yang hangat dan intim, dan boleh dibuktikan dengan perubahan rona di wajah si cantik. Umar menyukainya.

“Kenapa blushing?” tegurnya bersama senyum nakal. Miang kian ketara. Jarak juga semakin pendek hingga hangat tubuh masing-masing dirasai.

“Mana ada!”

“Boleh nak menafi, hahaha...” Batang leher itu direnung. Umar kini sedang melawan hasutan syaitan serta nafsu dalam diri untuk tidak membenamkan mukanya di tengkuk itu. Nafas ditahan, lalu dia beralih sedikit. “Say... pandang aku?”

“Taknak...”

“Taknak?” Umar gelak nipis. Kelip rambut yang mengepit rambut Aqi ditarik hingga rambut panjang itu terjatuh ke bahu. Wanita itu terperanjat, barulah menoleh. Kelip rambutnya cuba dirampas tetapi Umar mengelak. Kemudian mereka berpandangan. Jarak wajah mereka rapat sekali. Masing-masing mengawal nafas, sekaligus mengawal hati. Berusaha untuk tidak melepasi garisan larangan di antara mereka.

“Parut dekat kaki kau... dapat dari mana?”

Soalan itu terlalu tiba-tiba. Aqi terkebil seketika.

“Aku tak sempat tanya sebab kau lari dari aku lepas kita korek time capsule hari tu. Tapi aku masih ingat keadaan kaki kau...” Dia menunduk, pada kaki yang ditutup stoking hingga ke lutut itu. Kemudian wajah Aqi direnung lagi. “Mana kau dapat? Siapa yang buat?”

Senyap. Taknak menjawab.

Umar menghela nafas pendek. Lalu tubuh halus itu diperangkap di antara lengannya. Aqi mencerun lalu, namun Umar tak peduli.

“Kenapa tak report polis?”

“Ha?”

“Kena kurung... kaki kena libas sampai teruk macam tu... sampai anak lelaki aku kena belajar balet untuk support kau masa kau lumpuh.... Kenapa tak report polis? Walaupun laki kau kat Afrika, kau masih boleh dapat protection dari pihak berkuasa untuk keganasan rumah tangga... sebab kalau dia balik nanti, kau akan kena lagi.... Aku tak boleh masuk campur rumah tangga kau suka hati... For a civic protection macam ni, its best to get the authority involved berbanding jiran prihatin macam aku...”

Aqi terkaku. Lelaki ini ingat semua penipuannya...hahaha... “Aku dah single la,” jelasnya dengan senyum.

Kening Umar terloncat. Terkejut.

Aqi turut terkejut. Akalnya menyoal dirinya sendiri kerana kantoikan rahsia yang paling penting untuk menyelamatkannya dari gelora rumah tangga Umar dan Mimi. “Aku mengaku single? Why Aqi, why?? Kenapa khianat tuan sendiri??” Mulut ditampar-tampar sebelum meraup mukanya.

Lelaki itu pula dah melepaskan sangkarnya, malah memandang Aqi dengan mulut terbuka. “Kau single?”

Lambat-lambat Aqi mengalihkan tangan dari wajah. Merah muka itu kini. “Aku terlepas cakap... kenapa aku terlepas cakap...?? Betul ke aku terlepas cakap?? Apa kau buat ni, Aqi?!” Masih memarahi diri sendiri. Dia tergamam bila mukanya dipegang Umar sebelum ditarik supaya menentang wajah lelaki itu.

“Kau single?” Masih bertanya.

Aqi mengeluh. “Ha’ah.... Aku diceraikan sebelum aku balik Melaka...”

Makin tinggi kening itu terjungkit. “Dah lama dah....Kenapa tipu yang kau masih isteri orang?”

“Nak hidup aman damai. Nak elak cemburu Mimi. Nak elak Mimi fikir aku balik sebab nak rampas kau.”

Didn’t work.”

I can see that!” Mata dicerlangkan, membuat Umar tergelak senafas.

“Iddah kau dah habis? Kau betul-betul available?”

“Emm...” Bibir dikemam sebelum menjuling pada lelaki itu. “Kenapa senyum?”

Spontan Umar menutup mulut. Dia senyum? Segan lalu. Wanita itu dipandang lagi, kali ini dengan cara pandangan yang agak berbeza. Sebelum ini dia merasakan ada halangan sekukuh besi platinum yang menghalangnya menggatal, tetapi kali ini halangan itu melepuh tidak meninggalkan bekas.

Sesungguhnya, Aqi boleh dikahwini semula. Dan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Hahaha...” Senyumannya kini meleret ke telinga hingga bersinar wajahnya.

“Tak payahlah happy sangat!” getus Aqi lalu memukul bahu itu.

I can’t stop myself! Kau dah single semula! This opens up to a lot of possibilities!”

“Kau sedar aku taknak bagitau aku single selama ni sebab aku nak tutup possibilities tu?”

“Well... yea...” Muka cantik itu direnung. “Tapi kau tetap kantoikan kat aku yang kau single, so boleh jadi kau masih mengharap possibility tu tetap terbuka untuk kita,” bidasnya. Melihat Aqi gagal melawan, Umar tersenyum lagi. “Kan?”

Wanita itu terkaku, sekaligus memproses komen dari Umar. Dia masih mengharap Umar sebagai pasangannya? Mungkin benar, tapi dia sepatutnya dah move on. Dia mahu move on. Dia taknak berperang dengan Mimi untuk berebut lelaki. Maruahnya lebih tinggi dari itu. Bibir dikemam dan wajah ditundukkan. Berat sekali perasaan yang dirasainya ketika ini.

“Kau masih suami Mimi...”

Umar pula menelan nafas. “Right. Good one," balasnya, menahan sentap di hati. Timun yang dah dipotong dicapai sebelum beralih menjauh. Kelip rambut Aqi dibawa bersama.

Umar duduk di ruang tamu, mencari siaran yang boleh ditonton manakala Aqi terus memasak di dapur sambil cuba menenangkan hati. Setelah dirasakan benar-benar relaks dan boleh berinteraksi tanpa berdebar tak tentu pasal, barulah wanita itu merapati si lelaki semula. Ayam goreng dan secawan kopi dihidangkan.

Umar terkaku. Kalau dapat layanan macam ni hari-hari, aku duduk sini terus sepanjang hayat!

Aqi melabuh duduk di hujung sofa panjang, memastikan jarak selamat antara mereka.

“Mar, kau taknak balik ke? Nanti Mimi terkejut tengok kau takda kat sebelah dia.”

“Biarlah dia.” Ayam goreng dikunyah.

Aik?That is not how a good husband should act.”

“Aku tidur kat rumah perempuan lain berbanding tidur dengan dia atas katil kami. Aku tak rasa aku boleh pegang title good husband tu lagi dah...”

Some self awareness dari suami curang.”

Umar memberi jeling. “Lagipun dia overreact to the point taknak dengar penjelasan aku. Dia meroyan ikut overthinking dia seorang. Buat conclusion lebih laju dari Astro Awani keluarkan berita kat TV. Biarlah aku berehat kejap masa hujung minggu ni. Lagipun, jarang-jarang aku boleh merasa life domestik macam ni...”

“Maksud kau?”

“Ada perempuan cantik bangunkan aku dari tidur, masakkan makanan untuk aku... sedap pula tu... and you also give me the womanly vibe that I take pleasure for.” Kening diangkat double jerk. “Kau cakap kau taknak rampas aku dari dia, tapi in a way, kau dah pun rampas aku dari dia. Especially after that single declaration.”

Air muka Aqi berubah seratus peratus. Kerut garang menimbul di muka yang tadinya tenang dan jelita.

Umar terkaku. Alamak, salah cakap. Gostan Umar, gostan!!

“Tapi kau tak salah sebab you’re being you! Aku yang jahat sebab miang sekarang ni!”

Nafas panas terhembus spontan. “Tau pun!” dengus Aqi sebelum beralih semula ke dapur. Umar pula spontan menepuk dada. Lega kerana tak mampus sia-sia. Cukuplah Mimi seorang memarahinya. Gila kalau Aqi pun marah sama.

Selesai masakkan sarapan dan makanan tengah hari sekaligus, terus dihidangkan nasi goreng buat Umar yang masih santai di ruang tamu rumahnya. Malah berselubung dengan selimut kerana sejuk. Lelaki itu menerima rezeki dengan terima kasih.

“Bak sini kelip rambut aku tu?” pintanya pada kelip rambut yang terletak elok di sebelah remote TV.

Umar menoleh pada kelip rambut itu sebelum memindahkan kelip rambut itu ke ribanya. Kalau berani, datanglah ambik.

Geram Aqi dibuatnya. “Why’re you like this?”

Deal with it.” Nasi goreng mula dinikmati.

“Kalau kau tak bagi, aku gunting rambut aku boycut.”

Sepantas kilat kelip rambut bertukar tangan. Aqi tertawa geli hati. Sambil mengepit rambut, dia beralih ke bilik tidur sebelum datang semula dengan sehelai Tshirt hitam.

“Pakailah ni.”

“Kau chipsmunk, aku badak air, Aqi...”

“Ini baju kaulah!”

Kening dijungkit sebelah.

“Tapi boleh jadi tak muat sebab ini baju kau masa kau kurus dulu. Sekarang kau dah bulat.”

Geram, namun diabaikan. Tshirt hitam itu dicapai dan dibuka. Dia tidak ingat baju ini.

“Aku pernah pinjam 12 tahun lepas... masa aku tumpang tidur kat rumah kau. Aku pulangkanlah balik...”

Barulah lelaki itu ternganga. “Kau curi...”

“Aku pinjam!”

Lalu dia tergelak. “Kau simpan sampai sekarang?” Tak percaya. Baju itu diperiksa. Sebetulnya masih elok macam disimpan dalam plastik dan langsung tak pernah dibuka.

Aqi hanya tersenyum. “Salah satu benda yang buat aku teringat dekat kau, mestilah aku simpan. Aku dah cakap aku tak sure bila aku boleh balik... tapi aku dah balik.” Bahu dijungkit.

Barulah lelaki itu terkaku. Senyumannya termati terus, mengingati janji mereka pada awal pagi dahulu. “Kau memang pegang janji tu?”

“Itu 12 tahun lepas. Memang tidaklah aku simpan sedangkan benda dah berubah. Aku jadi isteri orang lain. Kau pun...”

“Tapi kau tetap datang balik ke sini... sebab nak bersama dengan aku semula?”

Aqi tersenyum lembut. “Mar... aku takda intention nak bersama dengan kau in a sense that, ‘bersama’ dengan kau. I’m fine with the way things are... walaupun ada a few hiccup...” Anak mata dijeling ke kanan, masih keliru kenapa dia kantoikan statusnya pada Umar. Emir juga membuat deduksi yang dia merindui Umar lebih dari yang dijangka. Ah, itu kemudian. “Apapun, aku lega kau tak setia membuta dengan aku dan tahu cari perempuan lain. Aku cuma nak kau bahagia. And now... aku nak kau terus kekal dengan perempuan yang kau dah pilih dan sokong hidup kau masa aku tak dapat berada kat situ...” Anak mata hazel itu direnung lembut.

Umar menelan liur yang terasa keras. Kata-kata Emir diingati kembali.

Ma never stopped loving you.

Entah kenapa wujud rasa bersalah yang teramat di hatinya. Aqi menyimpan baju ini dengan baik. Aqi berpegang dengan kata-katanya untuk datang balik walau keadaan berubah. Aqi cuma nak dia bahagia jadi Aqi merestui rumah tangganya dengan perempuan lain. Tapi apa yang dia buat? Merajuk. Marah. Melalak macam budak.

Apa benda kau buat ni Umar Darius?!

Aqi menyambung kata, langsung tidak menyedari perang dihati Umar. “Pujuk Mimi. Jangan buat dia sengsara cemburu macam ni... I’ll do my part to assist you guys. Kau bertanggungjawab jaga hati isteri kau, Mar...”

“Hati kau macammana?”

Aqi tergamam. “Hati aku?”

Macam tau-tau, Mimi tiba-tiba menelefon. Umar merenung skrin iPhonenya dengan riak sekeras robot. Bila talian bersambut, Mimi sedang menangis di talian sambil meminta maaf.

Umar melayan sebak isterinya, sekali lagi berbohong bahawa dia tidur di hotel kerana nakkan ketenangan dari kemarahan Mimi yang tidak bertepi. Aqi menghela nafas, membiarkan rentak suami isteri itu. Kalau berterus terang karang, lagi mengamuk si Mimi dibuatnya. Dia juga selamat dari terkena tempias.

Dia bangun, mahu memberi privasi. Terhenti geraknya bila tangannya dicapai si lelaki. Aqi terperanjat, melihat Umar yang masih fokus memujuk tangis si isteri di dalam talian. Pergelangan tangannya cuba ditarik, tetapi Umar lebih gagah menarik Aqi hingga wanita itu berdiri di sebelahnya. Anak mata hazel itu dijeling ke arahnya, memintanya taat dan duduk semula. Aqi menggigit bibir. Terperangkap.

“Mar...”

“Shh...”

Aqi akhirnya akur bersama rasa segan yang menggila. Tanpa dikehendaki, dia berada di dalam medan tiga segi ini kembali. Cuma kali ini, dia ialah pihak ketiga. 

Ah, parah....

Setelah beberapa minit, barulah panggilan ditutup. Umar menghela keluh lega.

“Menangis macam mati anak.” Sampai kebas telinga kerana lama sangat.

“Dah boleh lepaskan aku?” soal Aqi sambil mengangkat tangannya yang masih digari Umar.

Lelaki itu menoleh. Spontan tersenyum bila melihat muka masam itu. “Kita masih tak habis bercakap...”

“Sampai kena tahan aku macamlah aku nak keluar dari rumah aku sendiri? Lepaskan aku?” pintanya lagi.

Umar mendiam seketika. Sebetulnya, sejak Aqi balik, dia perasan hatinya berbolak balik. Umpama bendera yang ditolak angin ribut. Dan setelah apa yang berlaku pada pagi ini, dia yakin hatinya dah kembali menghangat.

Tetapi situasi dah berubah. Sekarang dia dah ada Mimi untuk diberikan perhatian sepenuh hatinya. Aqi pula cuma emak anak-anaknya, sama macam Aqi memandang dia sebagai ayah si kembar itu. Tak lebih, dan tak kurang. Sekadar cukup dalam asam garam hidup mereka.

Tetapi dia masih perlukan pengesahan.

“Aqi... hati kau macammana?”

Masih berbalik pada perbincangan tadi? Gigih benar. “None of your concern, Mar. Pergi balik dekat wife kau yang menangis tu...”

“Aku ada tak kat dalam tu?”

“Dalam... hati aku?”

Angguk.

Gelak. “Mestilah kau ada. Kau ayah mereka.”

Itu dia noktahnya.

Umar tahu tetapi dia tetap terkilan. “I see. That’s that then...” Barulah tangan dilepaskan dan dia berkemas nak pergi. “Terima kasih sebab benarkan aku stay untuk satu malam siap bagi free breakfast.” 

I’m gonna start charging you sebab kos makan untuk perut kau sama dengan dua orang anak kita tu,” ujar Aqi senada, menghantar Umar ke pintu rumah dengan pandangan mata.

Lelaki itu membuka pintu rumah. Terkaku seketika. “Tapi penipuan aku tentang aku tidur kat hotel maybe takkan bertahan lama...”

“Sebab?”

Umar memberi isyarat mata, menyuruh Aqi melihat sendiri apa yang berada di luar rumah. Wanita itu menurut.

Di depan pintu pagarnya, kereta Umar diparkir betul-betul di situ. Dah sudah. Dia tak perasan pula kereta itu semasa dia balik malam tadi. Bukti terang-terang di depan mata, malah diketahui jiran juga. Buah mulut akan sampai ke telinga Mimi.

Aqi spontan meraup muka. “Mati la aku...”

“Jangan risau,” ujarnya sambil memakai kasut.

Jangan risau katanya? “People talk, Mar...”dengusnya.

“Jiran kita tahu rumitnya relationship kita. Ami bukan setakat popular dalam internet saja, tapi kat area ni pun sama. Lepas tu tiba-tiba dia dapat abang. Kau ialah emak yang dah pulang, dan aku ayahnya. Jadi kalau mereka nak bercakap, biarkan mereka bercakap. Explain kalau perlu. Mimi, aku handle... sebagai payment breakfast. Kau cuma—” Terkaku seketika bila dia berpaling melihat wanita itu. Matahari pagi yang menyimbah ke muka Aqi menambah seri di wajahnya. “Kau cantik...”

Bercantum terus kening. “Memuji tiba-tiba ialah teknik memikat engkau ke apa?”

“Teknik memikat apa benda pula! Tak kuasa aku nak memikat kau! Aku memuji ciptaan Tuhan je pun! Tiap kali kau tengok sunrise pun kau cakap, ya Allah cantiknya... kan? Mana pernah penat nak memuji bila benda cantik terbentang depan mata!” Mata dicerlangkan. Serius sekali riaknya.

“Kau gelabah dah kenapa...”

Si lelaki menghembus nafas panjang hingga habis nafasnya, cuba menenangkan galau yang mengganas tiba-tiba. Wajah cantik itu direnung lagi bersama getar yang cukup halus di hati. Waima sedikit pun dia tak perasan hatinya kini terbuka luas untuk wanita ini hingga memberi ruang pada perasaan yang lebih kukuh untuk menyelinap masuk.

“Aku minta maaf sebab isteri aku tampar kau...”

Ohh... “Suami dia tidur kat rumah aku. So, I win.”

“Haha...” Wanita itu terus direnung penuh suka hingga Aqi terpaksa menegur, “Kau buat apa tenung aku tak habis. Pergilah balik!!”

Umar tergelak lagi, kemudian dia berjalan pergi. Selepas beberapa tapak, dia berpaling lagi. Tersengih bila melihat Aqi masih di pintu. Dia berjalan lagi beberapa tapak, kemudian berpaling lagi. Dan sengih lagi bila melihat Aqi.

Tergelak si perempuan dibuatnya. Umar macam budak-budak!

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena